Kefahaman kandungan kursus

Monday, April 5, 2010

Refleksi 04/04/10

Sunday was a busy day. One new student registered today.

12 comments:

  1. Hari ini, Pn Rema terus mencatatkan checklist pada papan putih perkara yang perlu kita laksanakan pada hari ini. Ini membolehkan kita terus memahami perkara-perkara yang ingin disampaikan oleh beliau. Pelajaran yang membina 3 jenis soalan (essential, unit dan content) amat membantu dalam menarik minat pelajar dan menanam sikap ingin tahu murid untuk berusaha menyiapkan projek ini. Soalan ini juga boleh kita gunakan dalam kelas untuk menyoal murid. Sebab sebelum ini, saya selalu bertanyakan soalan yang mudah dan tidak mencabar. Lepas ini, mungkin saya boleh bertanyakan soalan yang boleh mencabar minda mereka semasa menjalankan p&p dalam kelas.Melalui kursus ini, barulah saya belajar blog dan wiki, di mana kita boleh masukkan dalam projek kita. Blog untuk murid membuat refleksi dan wiki sebagai medium untuk mereka berbincang masalah mereka dan guru boleh bagi komen dan membuat penilaian. Blog dan wiki memanglah merupakan ciptaan yang hebat, dan jika digunakan dalam kelas dalam memberi banyak manfaat kepada pelajar. Sehingga hari ini, saya berasa sedikit tension, sebab banyak perkara atau benda yang perlu kita buat dalam jangka masa yang terhad. Walaupun keletihan, nanum saya sangat gembira dapat belajar banyak perkara yang baru untuk saya membawa balik ke sekolah saya.

    ReplyDelete
  2. Selamat Datang Ke Pameran Komunikasi Telefon di SK Sulatan Omar Dungun

    ReplyDelete
  3. Dukacita, hari ini e-book mengalami masalah teknikal, tidak dapat melakukan aktiviti yang disampaikan oleh Pn Reema....harap-harap pegawai dari Tesdec datang dan boleh check....

    ReplyDelete
  4. So far ok. most excited prepared power point.Allowed to play around with animation,graphic and so on. I like it :-)

    ReplyDelete
  5. Hari ini adalah hari pertama hadir kursus,banyak info-info yang telah disampaikan oleh Pn Reema sepanjang 2 hari sebelum ini tidak dapat diikuti. Banyak kekangan untuk memahami maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran sebelum ini, sukar untuk saya memahaminya. Terima kasih di atas bimbingan yang diberikan oleh rakan-rakan di dalam kumpulan 10.

    ReplyDelete
  6. selamat pagi..hari ke 3 kat rumbia semakin pening laa ckit tp masih boleh ikut.Perjuangan mesti diteruskan.Banyak la dpat belajar dari kursus ini contohnya bagaimana membina item soalan yang mencabar.
    ok laa.

    ReplyDelete
  7. Harini rase boring cket. server down. i feel really dissapointed. dalam masa yang sama nok pikir pekse plak. apela nasib ku

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah....line internet jadi molek hari ni. bolehlah siapkan projek. walaupun slow tapi kira ok lah...

    hari ini belajar buat blog dan wiki. susahnya.... tapi cuba try test buat jugak sampai berjaya.

    ReplyDelete
  9. hari ni best juga,ada aktiviti luar dewan,acara ambik gambar beb.......... bukan main lagi masing2 posing sakan......alahai.......

    ReplyDelete
  10. makin lama makin banyoklah pulok kena buat...kepala pun naik pening dok mikir.. skali skala kenalah selit ngan aktiviti yang merilekkan minda. .. kalu asyik tumpu satu topik jer..boring jgk..bila boring apa yang dibuat pun tak sempurna yang diajar pun x masuk..maklumlah peringkat umur dah lanjut..bkn mcm bdk2 dulu...memori dah nak hampir penuhhh...ok...

    ReplyDelete
  11. kursus semakin hampir ke penghujungnya.kemahiran pesrta kursus semakin meningkat.mereka berjaya mengikuti pembelajaran dengan jayanya walaupun terpaksa menempuh berbagai rintangan seperti masalah line internet dan lainnya.

    ReplyDelete
  12. kursus ini bagus...tempat pun bagus.makanan pun bagus...line internet tak bagus.yang bagus saya dah dapat buat kwl....hehehehe dok faham pun,tapi boleh buat jugak

    ReplyDelete