Selamat datang ke Rumbia Resort, Paka untuk mengikuti kursus Intel selama 5 hari.
Kehadiran anda untuk setiap sesi adalah amat penting and diperlukan jika anda ingin mengikuti kursus dengan teliti supaya mengulang sebagai MF di sekolah anda kelak. Kehadiran untuk setiap sesi juga menentukan pencapaian anda dalam penyiapan portfolio kursus dengan sempurna.
Sila juga 'network' dengan cikgu lain supaya anda boleh bekerjasama untuk melaksanakan latihan seterusnya di sekolah.
"The best way to learn is to teach"
Semoga cikgu-cikgu berjaya menghasilkan projek yang bermutu tinggi.
Rema
Certificate of appreciation
14 years ago
tq 4 the lesson
ReplyDeletefinally... able to successfully comment this blog
ReplyDeletebulehlah slow2.... literasi komputer kebanyakan guru pada tahap sederhana
ReplyDeletetq
ReplyDeleteSebelum menghadirkan diri ke kursus ini, saya samar-samar dengan apa yang akan saya ikuti dalam kursus ini. Pada hari pertama, di mana fasi memberi taklimat kepada saya, saya masih dalam keadaan samar-samar. Apa yang saya faham ialah kita perlu menyiapkan satu Project Based Learning (PBL). Di mana kita perlu membuat unit plan. Saya berasa projek ini tidak praktikal dijalankan di sekolah saya di mana sekolah saya ialah Sekolah Kurang Murid (SKM) di mana bilangan murid satu sekolah adalah seramai 13 orang dan 8 orang guru sahaja. Malah, kita perlu menyediakan satu PBL yang bermutu tinggi dan merangkumi High Order Thinking Skills (HOTS) serta memanipulasikan ICT. Bagaimana murid sekolah saya boleh melakukan projek tersebut? Taklimat yang disampaikan oleh fasi terlalu cepat dan mengelirukan. Saya berasa salah kerana tidak boleh mengikuti kursus yang disampaikan oleh fasi. Apabila saya bertanyakan masalah saya kepada kawan-kawan saya, saya mendapati mereka juga sama seperti saya. Oleh itu, saya pun membuat keputusan berjumpa dengan Pn. Rema dan memberitahu masalah saya kepada beliau. Beliau menerangkan kepada saya dengan contoh-contoh yang dapat memberi keyakinan kepada saya untuk melaksanakan projek ini di sekolah. Selepas itu, saya mulai sedar banyak idea yang boleh saya laksanakan di sekolah saya. Saya berharap kita semua akan mendapat sesuatu daripada kursus 5 hari ini untuk dibawa balik ke sekolah dan dijalankan di sekolah untuk manfaat murid-murid kita. Sekian, all the best to all of you!!
ReplyDeletemodule banyak membantu guru dalam p&p di sekolah nanti.
ReplyDeletekursus ni best, bagus untuk cikgu-cikgu.satu ilmu baru, teknik pembelajaran abad ke 21' yang mampu meningkatkan kualiti pendidikan di Negeri Terengganu.Terima kasih banyak2 kepada Menteri Besar Terengganu YB. Dato Ahmad bin Said, yang begitu mengambil berat dalam meningkatkan kualiti sistem pendidikan di Negeri Terengganu.
ReplyDeletemakin pening...........cannot follow
ReplyDeleteHari kedua..kursus yang di jalankan boleh membantu dalam penambahbaikan teknik P&P di sekolah.saya berharap selepas 5 hari kursus ini di jalankan, para peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang telah di perolehi di sekolah masing-masing.
ReplyDeletesekian, terima kasih..